Monday, August 7, 2023

Lembaran Kerja Matematik Tahun 2 Operasi Bahagi Aras Rendah

 Lembaran Kerja Matematik Tahun 2 Operasi Bahagi Aras Rendah

Sejak berpindah ke sekolah baharu, saya tidak lagi mengajar kelas pemulihan. 

Kini saya mengajar subjek Matematik Tahap 1. 
Di dalam kelas Tahun 2 saya, ada dua orang murid masih berada pada Tahap Penguasaan 1. Maksudnya mereka perlu bimbingan guru hampir sepenuhnya. 

Ekoran daripada menghadiri BENGKEL KERJA STRATEGI PEMANTAPAN PELAKSANAAN KSSR (SEMAKAN 2017) MATEMATIK TAHUN 1 FASA 2 TAHUN 2023 pada 2-3 Ogos yang lalu, peserta bengkel telah belajar membuat lembaran kerja terbeza bagi suatu topik yang diajar semasa pdpc.

Buku aktiviti digunakan oleh murid aras sederhana dan tinggi, manakala lembaran kerja ini disediakan untuk murid-murid aras rendah agar mereka dapat mengikuti topik yang diajar di dalam kelas.