Monday, December 30, 2019

Muat Turun Bahan Pemulihan Khas Koleksi BPKhas Kementerian Pendidikan Malaysia 2019

Koleksi Bahan Pemulihan Khas dari Portal BPKhas Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019


Muat Turun Bahan Pemulihan Khas

Sunday, July 21, 2019

Portal Rasmi Program Pemulihan Khas


Portal Rasmi Program Pemulihan Khas, KPM

Blogger di sini ingin menyampaikan ucapan daripada En. Suhaimee bin Sulaiman, Ketua Unit, Unit Pengurusan Program Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, KPM


"Salam Muafakat Pemulihan buat para teman, rakan, sahabat, guru pemulihan khas, serta pegawai yang saya hormati lagi dikasihi,
Dengan rasa rendah diri, terharu dan syukurnya ke hasrat ilahi yang mana saya Suhaimee bin Sulaiman selaku Ketua Unit, Unit Pengurusan Program Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, KPM yang dipertanggungjawab dalam melaksanakan amanah ini ingin memaklumkan bahawa 80-90 % bahan-bahan serta power point rasmi yang diselaraskan dalam bentuk salinan lembut yang ditunggu2 selama ini telah berada dalam Portal KPM Bahagian Pendidikan Khas, di bahagian muat turun Program Pemulihan Khas bermula 2 Julai 2019.
10-20% lagi sedang maju untuk dimuat naik. Pihak kami akan lengkapkan dalam terdekat ini. Sila rujuk punca kuasa yang berkaitan.
Sila akses melalui pautan berikut,
https://www.moe.gov.my/index.php/muat-turun/pendidikankhas/program-pemulihan-khas
Alhamdulillah...
Terlalu banyak rintangan, dan cabaran yang dilalui selama 2 tahun 11 bulan.
Allahhuakbar, rezeki dan ilham yang dikurniakan Allah swt kepada kita ini amat bermakna demi menyeragamkan semua aspek dalam portfolio Program ini agar sejajar dengan arus perkembangan perubahan pendidikan.
Berkat kesabaran dan ketabahan kita sebagai guru pemulihan khas, akhirnya.... kita mampu mengubah hala tuju ini bersama2 ke arah menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.
Alhamdulillah...
Motto Program: Kemenjadian Guru adalah Kemenjadian Murid.
Tahniah dan syabas serta terima kasih semua yang selama ini banyak berkorban masa tenaga buah fikiran dsbnya bersama-sama saya sama ada terlibat secara langsung mahu pun sebaliknya. Terima kasih sekali lg. Kami amat menghargainya.
Tanpa komitmen anda semua masa depan murid yang tidak atau yang belum menguasai ini akan ketinggalan dalam arus pendidikan.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan ikhlas anda selama ini.
Elakkan perasaan keluh kesah.
InsyaAllah ganjaran akhirat menanti kita.
Didiklah anak2 didik kita dengan hati agar kita mampu memanusiawikan mereka dengan nilai akhlak mulia.
Gunakanlah kebijaksanaan dan hikmah dlm pedagogi PdP kita. Anda mampu mengubahnya.
Peranan guru pemulihan khas sangat penting dalam pendidikan kini untuk kembalikan semula murid yang ketinggalan ini ke arus perdana semula.
Hanya doktor pakar shj yang tahu ubat mana yang tepat dalam merawat pesakitnya. Setiap penyakit perlukan masa untuk sembuh dengan izinNya. Kitalah guru pakar tersebut. Serlah dan gabungkanlah kepakaran inovasi dan kreativiti anda dalam PdPc kita untuk menambat semula minat belajar murid ini. Teruskan usaha anda kerana ia pendidikan sepanjang hayat.
Saya berharap sangat agar guru2 pemulihan khas mampu sabar dan syukur walaupun setiap keberhasilan kita selama ini demi anak2 didik tidak didendangkan.  Its ok guys.
Sabar ye.
Mashaallah allahhuakbar  sesungguhnya
 *Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, pasangan kami, kedua-dua ibu bapa kami, anak-anak kami,  saudara-mara kami, rakan taulan kami, dan guru-guru kami. Cukupkanlah rezeki dan mudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat....  امين..امينْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
Salam muafakat pemulihan.
Just follow the flow. "
Sumber: Whatsapp Group

Pautan

https://www.moe.gov.my/index.php/muat-turun/pendidikankhas/program-pemulihan-khas

Kutipan Data Program Pemulihan Khas Negeri Sembilan

Bermula Oktober 2019, kutipan data Program Pemulihan Khas peringkat negeri akan menggunakan P1NCH secara online.

Pautan : http://www.ppdmuar.my/data/dbPinch/login/main.php

atau

Pautan : https://tinyurl.com/datapemulihann9

Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Jurulatih Utama di daerah masing-masing.


Wednesday, January 2, 2019

MyPortfolio Guru Pemulihan Khas





PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM
 PENGENALAN
1. Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.
2. Latar Belakang
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.
3. Pelaksanaan
Bagi memantapkan pelaksanaan panduan kerja, maka PKPA ini dihasilkan dengan memberikan fokus kepada elemen utama berikut:
i. Konsep myPortfolio; dan
ii. Pemantapan myPortfolio.

4. Konsep myPortfolio
myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.
Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
i. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

5. Pemantapan myPortfolio
Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1- Komponen myPortfolio


Menurut Pegawai Meja myPortfolio di PPD Tampin, untuk myPortfolio Guru Pemulihan Khas cuma perlu berbuat demikian:
1. Gunakan templat myPortfolio Guru Akademik Biasa
2. Masukkan Program Pemulihan Khas di dalam Senarai Jawatankuasa yang Dianggotai

itu sahaja maklumat yang diterima setakat ini.. jika ada sebarang maklumat lain, blog akan dikemaskini dari masa ke semasa....
harap membantu.