Thursday, May 26, 2016

Contoh Keberhasilan Guru Pemulihan Khas

CONTOH KEBERHASILAH GURU PEMULIHAN KHAS



Sila Klik link berikut:
Contoh Keberhasilan Guru Pemulihan Khas

Saturday, January 30, 2016

PdP Abad Ke 21 : PANDUAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

(Copy & Paste dari WhatsApp Group)
Penulis: Anonymous

1. KAEDAH SHARE 'N' TURN
1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
- A ke B
- B ke C
- C ke D.
- D ke A atau
- Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semua yang mengandungi 4 isi atau idea

2. KAEDAH THINK PAIR SHARE
1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)

3. KAEDAH GALLERY WALK
1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.

4. KAEDAH RALLY ROBIN
1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.

5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING
1. Meminta pelajar menulis soalan di kad
2. Jawapan ditulis di belakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.

6. KAEDAH IDEA RUSH
1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik

7. KAEDAH FAN 'N' PICK
1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
- Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab soalan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut

Semoga bermanfaat  untuk semua.

Sunday, January 24, 2016

Minit Mesyuarat Pemulihan Khas

Ni la contoh minit mesyuarat Program Pemulihan Khas di sekolah saya...

Saya izinkan cikgu-cikgu download / guna tapi sila edit mengikut keperluan cikgu...

Selamat maju jaya!

>> Surat Panggilan Mesyuarat Kali Pertama <<



>> Minit Mesyuarat Program Pemulihan Khas Kali Pertama <<