Tuesday, February 11, 2014

Rancangan Tahunan / Sukatan Pelajaran Pengakap Kanak-Kanak Tahun 5


DOWNLOAD: 

Saturday, February 8, 2014

MANUAL MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE UNTUK MENGIKUTI KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI (PPB)

LANGKAH 1: MASUK KE LAMAN http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/


LANGKAH 2: KLIK PAUTAN PERMOHONAN ONLINE


LANGKAH 3: ISIKAN NOMBOR KAD PENGENALAN DAN KLIK HANTAR.


LANGKAH 4: ISIKAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN DALAM BORANG PERMOHONAN. (KEMUDIAN KLIK SIMPAN)



LANGKAH 5: PILIH TARIKH KURSUS YANG DIINGINKAN.


LANGKAH 6: MAKLUMAT KURSUS BERSERTA UNJURAN PESERTA AKAN DIPAPARKAN. SEKIRANYA YAKIN DENGAN PILIHAN TARIKH TERSEBUT, KLIK SIMPANAnda dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja.


LANGKAH 7: MAKLUMAT KURSUS DAN MAKLUMAT PESERTA AKAN DIPAPARKAN. SILA CETAK UNTUK RUJUKAN. SURAT TAWARAN MENGHADIRI KURSUS AKAN DIMAKLUMKAN SECARA ONLINE MENERUSI LAMAN WEB MOE ATAU BPGONLINE DARI MASA KE SEMASA.


LANGKAH 8: CETAK SURAT TAWARAN (SELEPAS 8 MAC 2014).Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.

PERINGATAN: 
Anda masih boleh mengemaskini maklumat permohonan sebelum 28 Februari 2014 melalui pautan Kemaskini Permohonan
Anda dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja.


Friday, February 7, 2014

TATACARA PERMOHONAN KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)

Kursus Pembangunan Kompetensi
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)
Tahun 2014


TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline

  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014. 

  3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod. 

  4. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.

  5. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.

  6. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.

  7. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.

Kursus Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

PENGENALAN PROGRAM


  • Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  • Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan 
  • PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  • Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21


Matlamat dan Objektif:- 

Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan

Kumpulan Sasaran :- 
Kursus adalah ditawarkan kepada kumpulan sasaran berikut:



Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada kumpulan Guru Akademik/ Guru Kaunseling/ Jurulatih Sukan dan Seni sahaja.

Bagi kumpulan pengurusan (Pegawai di PPD/ JPN/ Guru Besar) adalah tidak termasuk dalam kumpulan ini.

Pautan: http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/pengenalan.cfm