Thursday, March 12, 2015

Fail Meja Guru Pemulihan Khas

Fail Meja Guru Pemulihan Khas

Panduan Penyediaan Fail Meja


KONSEP

Fail Meja (FM) merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. FM adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya. Lihat rajah di bawah; 

Fail Meja (FM) merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. FM adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya.

FM berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap seorang individu dalam pejabat/jabatan. Oleh itu FM dirangka khusus untuk memberi panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari. Asas FM adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat/jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam FM adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Tegasnya FM adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di meja pegawai. 



FAEDAH PENYEDIAAN FAIL MEJA

  • Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi;

  • Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja;
  • Menentukan peraturan pejabat/ jabatan dipatuhi;
  • Mengurangkan kesilapan operasi semasa menjalankan tugas;
  • Memendekkan masa latihan bagi kakitangan baru;
  • Menyenangkan pertukaran staf dari satu jabatan ke jabatan lain;
  • Menyenangkan kajian atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem dibuat;
  • Mengurangkan arahan lisan mengenai cara menjalankan tugas; dan
  • Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan kakitangan lain.

Baca lebih lanjut tentang Panduan Penyediaan Fail Meja ...

Last updated: 16.03.2017
Download >> Contoh Fail Meja Guru Pemulihan Khas << Word File 984 KB
Download >> Contoh Cover & Divider Fail Meja << Word File 304 KB

Link di atas masih berfungsi sehingga kini (1.1.2018)
Klik link di atas untuk download. Tunggu 5-10 saat. 

Kemudian klik 'Skid Ad' 
Skip Ad


Fail meja ini telah dikemaskini mengikut format FM KPM terbaru, pada Mac 2015, daripada Fail Meja yang telah dikongsi oleh Cikgu MASRIAH HJ MASTUL. Terima kasih.