Monday, August 7, 2023

Lembaran Kerja Matematik Tahun 2 Operasi Bahagi Aras Rendah

 Lembaran Kerja Matematik Tahun 2 Operasi Bahagi Aras Rendah

Sejak berpindah ke sekolah baharu, saya tidak lagi mengajar kelas pemulihan. 

Kini saya mengajar subjek Matematik Tahap 1. 
Di dalam kelas Tahun 2 saya, ada dua orang murid masih berada pada Tahap Penguasaan 1. Maksudnya mereka perlu bimbingan guru hampir sepenuhnya. 

Ekoran daripada menghadiri BENGKEL KERJA STRATEGI PEMANTAPAN PELAKSANAAN KSSR (SEMAKAN 2017) MATEMATIK TAHUN 1 FASA 2 TAHUN 2023 pada 2-3 Ogos yang lalu, peserta bengkel telah belajar membuat lembaran kerja terbeza bagi suatu topik yang diajar semasa pdpc.

Buku aktiviti digunakan oleh murid aras sederhana dan tinggi, manakala lembaran kerja ini disediakan untuk murid-murid aras rendah agar mereka dapat mengikuti topik yang diajar di dalam kelas.








Friday, December 3, 2021

Modul Pembelajaran PdPR3.0 Bahasa Melayu Pemulihan Khas

 Modul Pembelajaran PdPR3.0 Bahasa Melayu Pemulihan Khas

    


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Keluarga Malaysia...

Persatuan Permuafakatan Guru Pemulihan Negeri 9 (PPGPN9) telah menghasilkan sebuah Modul Pembelajaran PdPR3.0 Bahasa Melayu Pemulihan Khas. Objektif utama penghasilan modul ini adalah untuk membantu guru-guru dalam menyediakan bahan pembelajaran. Selain itu, ianya juga sangat sesuai digunakan untuk program KPM PerkasaKu bagi merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa berlakunya krisis dan pandemik Covid-19. Diharapkan, dengan adanya modul ini, sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan guru-guru semua. 

MODUL INI ADALAH HAK MILIK PPGPN9. SEBARANG BENTUK SALINAN DARIPADA MODUL INI UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TIDAK DIBENARKAN KECUALI UNTUK KEGUNAAN GURU DI SEKOLAH SAHAJA


Link Pelancaran Modul : https://youtu.be/EPogS_1u_oA


Muat turun modul : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeL_YlFkH0OLmHtLnPz8fHEL38H6MD8h-SbY7WxAnKfnQwZ_A/viewform?usp=pp_url


TERIMA KASIH...


PENGERUSI PPGPN9,

EN MOHD RIDUAN BIN MOHD YUSOF

Tuesday, September 7, 2021

Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi 2021

Muat turun Modul Asas Literasi Bahasa Melayu (MALBM), Modul Asas Numerasi (MAN) dan Panduan Asas Literasi dan Numerasi 2021




Bahan-bahan juga boleh dimuat turun dari repositori SumberKu















Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) - Pemugaran Literasi dan Numerasi

Saksikan Siri Webinar Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini:


Webinar 1

Tajuk: Pemugaran Literasi dan Numerasi

Tarikh: 07 September 2021 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi

Pendaftaran Mata Kredit SPLKPM 

Pautan Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=w-d7xIvxjHE


Webinar 2

Tajuk: Pengukuhan dan Pengayaan & SumberKu

Tarikh: 07 September 2021 (Selasa)

Masa: 11.00 pagi

Pendaftaran Mata Kredit SPLKPM 

Pautan Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=x9ZGaTNtkNc


Webinar 3

Tajuk: Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Tarikh: 07 September 2021 (Selasa)

Masa: 02.30 petang

Pendaftaran Mata Kredit SPLKPM 

Pautan Youtube: https://youtu.be/8xRaLNQNhGo


📌 Semua warga KPM dijemput untuk menyaksikan perkongsian menarik ini

📌 Mohon bantu untuk hebah bersama kepada semua Warga Pendidik dan Ibu Bapa di luar sana


Terima kasih.

Saturday, April 3, 2021

Instrumen Ujian Saringan (Mac 2021)

 Berikut merupakan Instrumen Saringan Pemulihan Khas

yang digunakan di Negeri Sembilan bermula 10 Mac 2021.

Monday, January 25, 2021

Kelas Maya Ku (My Virtual Classroom)

 Kelas Maya Ku Tahun 2021


Dua tiga hari ini saya baru belajar membina kelas maya atau virtual classroom.

Aplikasi/apps yang digunakan:
1. Google Slides
2. Bitmoji
3. Template Virtual Classroom dari TeachersPayTeachers.com
4. www.remove.bg Remove Background From Image online

Masih dalam proses untuk belajar dan tambah apa yang patut.

Cadangan penambahbaikan:
1. membuat objek-objek lebih interaktif di mana kita boleh klik untuk membuka paparan yang lain,
2. menambah suara dan teks dialog, dan
3. animasi supaya lebih menarik.

Silakan kongsi tips-tips supaya virtual classroom ini lebih  menarik.

Terima kasih.