Tuesday, January 1, 2013

SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru

SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru (http://apps1.moe.gov.my/splg/)



Aplikasi / Sistem ini adalah salah satu sistem yang wajib dikemaskini oleh PPP dari masa ke semasa.

Modul INDIVIDU digunakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)dan Pegawai Kumpulan Pelaksana bagi merekod maklumat kepakaran (eProfile) dan merekodkan Kursus-kursus yang dihadiri diluar(KKL) dan Book Revier (BR).


Modul SULDP digunakan oleh penyelaras LDP di peringkat Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah untuk mengurus kursus-kursus yang dilaksanakan secara berkumpulan (Schoolbase). Ia juga digunakan oleh ketua jabatan untuk mengesahkan maklumat eProfile PPP dan menyokong Kursus-Kursus Luar dan Book Review yang dimasukkan pengguna menerusi Modul Individu.

Menerusi modul SULDP juga, pegawai di PPD akan menyokong kursus yang dirancang oleh pihak sekolah di samping menyediakan analisis mengikut paras pengguna.

EMIS - Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan

Selain HRMIS, sebagai guru, satu lagi aplikasi yang perlu dikemaskini ialah EMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan http://emisonline.moe.gov.my/index.php).

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak dapat dikemaskini oleh pengguna, sila maklumkan kepada  Guru Data untuk kemaskinikan maklumat tersebut.

Untuk masuk ke dalam aplikasi ini, masukkan:

ID Pengguna: No. KP
Kata laluan; No. KP
Kod Pengesahan: Seperti dalam imej kod pengesahan




Aplikasi HRMIS - Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Hari ini adalah kali pertama saya berjaya masuk ke Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS - http://hrmisone.eghrmis.gov.my/).

Internet Explorer versi 7 ke atas diperlukan untuk membuka aplikasi ini.
Masa tindak balas aplikasi ini agak perlahan. Oleh itu, pengguna perlu sabar dan tunggu beberapa saat untuk memaparkan sebarang pautan yang diklik.


ID Pengguna: No. KP
Kata laluan: No. KP

Kali pertama berjaya memasuki aplikasi ini, aplikasi akan meminta pengguna untuk menukar kata laluan. Pastikan anda mengingati kata laluan tersebut. Dan seperti yang saya katakan tadi, masa tindak balas aplikasi ini agak perlahan. Jadi, apabila anda telah klik mesej / kotak dialog mengarahkan anda untuk menukarkan kata laluan, sila tunggu lebih kurang 10 saat sebelum paparan untuk tukar kata laluan berjaya dipaparkan sepenuhnya.