Tuesday, December 18, 2012

Usah terpengaruh kiamat Jumaat ini .. 21 Disember 2012

Usah terpengaruh kiamat Jumaat ini
Sumber: Berita Harian, 18 Disember 2012

Hari ini isu kiamat hangat diperkatakan kerana mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan, pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember 2012.


Umat Islam tak boleh percaya ramalan, perlu ganda amalan
Kuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah. Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Baca selanjutnya...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahterpengaruhkiamatJumaatini/Article/artikel

Manakala sebagai penganut umat Kristian pula, mereka juga tidak sepatutnya terpengaruh atau mempercayai ramalan seperti ini. Ayat-ayat Alkitab jelas menyatakan tentang bila Hari Kiamat / kedatangan Yesus yang kedua kali itu.

Matius 24:36 Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri.


Walaubagaimanapun, kita dinasihatkan supaya berjaga-jaga (dalam kata lain, bersiap sedia) setiap masa.
Matius 24:42 Karena itu berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu pada hari mana Tuhanmu datang.
Saat Kedatangan Yesus yang kedua kali memanglah sangat ditunggu-tunggu oleh majoriti umat Kristian. Bagi mereka yang agak-agaknya sudah mula merasa kecewa dalam penantian ini, ingatlah....


2 Petrus 3:9  Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya,  sekalipun ada orang yang menganggapnya sebagai kelalaian, tetapi Ia sabar  terhadap kamu, karena Ia menghendaki supaya jangan ada yang binasa , melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat.  
Tuhan memberkati....

No comments:

Post a Comment