Tuesday, December 18, 2012

Dividen ASB 2012 naik atau turun?

Sumber: Berita Harian, 22-11-2012
Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ASNBumumpengagihanpendapatanASN36_3senseunit/Article/

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.3 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2012. 
Ia adalah peningkatan 0.3 sen seunit berbanding enam sen seunit yang dibayar tahun kewangan sebelumnya.

Lagi...
Alami peningkatan 

Katanya, meskipun pasaran global mengalami penurunan pada awalnya akibat penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang zon euro, indeks utama pasaran saham Asia mengalami peningkatan disokong usaha Bank Pusat Eropah untuk menyelesaikan krisis hutang serta program pengurangan kuantitatif yang dilaksanakan AS yang membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran saham yang bersifat bertahan. 

“Sebagai sebuah tabung imbang, portfolio ASN 3 diimbangkan di antara instrumen pelaburan berpendapatan tetap, ekuiti yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan instrumen pelaburan lain. Justeru, pelabur boleh membuat perbandingan jumlah pulangan keseluruhan dan hasil pendapatan ASN3 dengan instrumen pelaburan yang mempunyai tahap risiko yang lebih kurang sama,” katanya pada sidang media mengumumkan pengagihan pendapatan itu di Kuala Lumpur, semalam. 
Mungkinkah dividen ASB 2012 kali ini turut mengalami peningkatan? Mari kita sama-sama nantikan keputusannya...

Mari analisa sejarah agihan dividen dan bonus ASB 1990-2011:



Manakala pengumuman dividen ASB 2012 kali ini akan dibuat pada Hari Jumaat, 21 Disember 2012.

No comments:

Post a Comment