Saturday, April 3, 2021

Instrumen Ujian Saringan (Mac 2021)

 Berikut merupakan Instrumen Saringan Pemulihan Khas

yang digunakan di Negeri Sembilan bermula 10 Mac 2021.

Monday, January 25, 2021

Kelas Maya Ku (My Virtual Classroom)

 Kelas Maya Ku Tahun 2021


Dua tiga hari ini saya baru belajar membina kelas maya atau virtual classroom.

Aplikasi/apps yang digunakan:
1. Google Slides
2. Bitmoji
3. Template Virtual Classroom dari TeachersPayTeachers.com
4. www.remove.bg Remove Background From Image online

Masih dalam proses untuk belajar dan tambah apa yang patut.

Cadangan penambahbaikan:
1. membuat objek-objek lebih interaktif di mana kita boleh klik untuk membuka paparan yang lain,
2. menambah suara dan teks dialog, dan
3. animasi supaya lebih menarik.

Silakan kongsi tips-tips supaya virtual classroom ini lebih  menarik.

Terima kasih.





Tuesday, January 12, 2021

Program Literasi dan Numerasi (PLaN)

 Program Literasi dan Numerasi (PLaN)

Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) merupakan inisiatif baharu PPPM 2013-2025 yang dilaksanakan tahun 2020 bagi menggantikan LINUS2.0 serta memperkasa pelaksanaannya dengan memberi autonomi kepada sekolah bagi merangka program masing-masing yang sesuai dengan keperluan murid di sekolah mereka.

Ayuh tonton video ini dan sebarkan tentang Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN).

PLaN merupakan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memastikan anak-anak kita dapat menguasai asas membaca, menulis dan mengira.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai PLaN? Layari pautan berikut:



WACANA ILMU: PLAN - Inisiatif PPPM #24 Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah





Infografik: Program Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)



Tuesday, December 22, 2020

SET UJIAN DAN INSTRUMEN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

 SET UJIAN DAN INSTRUMEN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 


3. Ujian Pengamatan Program Pemulihan Khas (33.6MB)

4. Ujian Diagnostik BM Praktik (6.43MB)

5. Ujian Diagnostik BM Lisan (1.09MB)

6. Ujian Diagnostik BM Bertulis (23.7MB)

7. Ujian Diagnostik Matematik (4.17MB)

8. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) (0.75MB)

9. Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISSD) (0.38MB)




Cadangan mencetak:
Ujian Saringan, Ujian Pengamatan dan Ujian Diagnostik lebih sesuai dicetak dalam 2 in 1.

Mungkin anda juga berminat topik berikut:




Semoga dapat membantu guru-guru pemulihan khas dalam melaksanakan dan menjayakan Program Pemulihan Khas di sekolah masing-masing....

Terima kasih kerana mengunjungi Blog saya.

Friday, December 18, 2020

Kulit dan Tulang Fail Program Pemulihan Khas

SISTEM FAIL PROGRAM PEMULIHAN KHAS 

Kulit dan Tulang Fail Program Pemulihan Khas

Senarai Fail Program Pemulihan Khas (Ms Word)

(Cover/Kulit Fail Program Pemulihan Khas)






Nota:
Sistem fail mungkin berbeza mengikut Daerah / Negeri.
Sila rujuk Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pemulihan Khas masing-masing ya.