Saturday, April 25, 2020

Digital Learning KPM


Tahukah anda? Pihak KPM dengan kerjasama UNICEF telah membina Laman Komuniti Guru Digital Learning.


Sebagai respon kepada pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan penutupan sekolah, KPM bersama-sama dengan UNICEF Malaysia telah membina sumber dan latihan dalam talian untuk membantu guru mendapatkan kemahiran untuk memulakan e-pembelajaran dengan anak murid. Laman ini dipenuhi dengan langkah-langkah yang boleh cikgu ambil untuk membina sumber pembelajaran dalam talian menggunakan produk pendidikan Google.



Apa itu Komuniti Guru Digital Learning?

Salam sejahtera, cikgu!
Selamat datang ke Komuniti Guru Digital Learning bersama KPM! Sumber di sini disediakan khas buat guru-guru di Malaysia untuk membina kemahiran mereka dalam menjadi guru yang dapat menjalankan PdPc dalam talian menggunakan kemudahan teknologi yang ada.

Latihan profesional guru dalam talian

Latihan profesional guru dalam talian ini bertujuan untuk memastikan guru-guru mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang mencukupi bagi menjalankan e-pembelajaran untuk pembelajaran jarak jauh. Kemahiran-kemahiran ini juga membolehkan guru berasa lebih selesa dan yakin dalam menggunakan teknologi untuk pendidikan. Bagi pengalaman yang terbaik, guru-guru disarankan untuk mengikuti modul-modul secara kronologi untuk melihat perjalanan e-pembelajaran secara menyeluruh.
Kursus dalam talian ini menggunakan pelantar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Digital Learning dan membimbing guru untuk membina dan menguruskan kelas dalam talian menggunakan produk Google Education seperti Google Classroom, Google Docs, Google Slides, Jamboard dan banyak lagi.


  1. Modul 1: e-Pembelajaran
    1. Pelantar Digital Learning KPM
    2. Kemahiran asas Google Classroom
  2. Modul 2: Pendekatan dalam talian
    1. Aplikasi 1: Google Docs
    2. Aplikasi 2: Google Slides
    3. Aplikasi 3: Rakam Layar
  3. Modul 3: Elemen Interaktif
    1. Google Form sebagai kuiz
      • 2 Jenis Google Form
      • Tip tambahan Google Form
        • Tetapkan kata laluan
        • Menghantar sijil secara automatik
        • Membina 'Escape Room'
        • Kuiz tentang Google Form (Akses guna emel @moe-dl.edu.my)
    2. Quizizz dan Kahoot
      • Quizizz
        • Daftar untuk Quizizz
        • Hubungkan Google Classroom
        • Hasilkan kuiz dalam Quizizz
        • Berikan kuiz pada murid (Assign)
        • Jejak perkembangan murid
      • Kahoot!
        • Daftar Kahoot!
        • Bina kuiz Kahoot
        • Kongsikan kuiz kahoot
          • Cara 1: Melalui Game Code
          • Cara 2: Melalui Google Classroom
    3. Fitur Interaktif Google Slides
    4. Google Meet untuk pengajaran secara langsung "live"
  4. Penilaian Dalam Talian
    1. Penilaian Kolaboratif dalam talian
    2. Menanda Google Form
    3. Kuiz tentang menanda Google Form
    4. Menggunakan rubrik dalam Google Doc
    5. Kuiz tentang penggunaan rubrik
    6. Gradebook di dalam Google Classroom
    7. Kuiz tentang Gradebook (Akses guna emel @moe-dl.edu.my)
    8. Tugasan Modul 9
  5. Membina persekitaran digital yang positif
    1. Prosedur dan rutin kelas
    2. Padlet
    3. Peraturan dalam Kelas Maya
    4. Interaksi dalam talian
    5. Tutorial Canva
    6. Kuiz tentang Canva (Akses guna emel @moe-dl.edu.my)
    7. Google Meet
    8. Tugasan Modul 3

No comments:

Post a Comment