Tuesday, January 1, 2013

Aplikasi HRMIS - Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Hari ini adalah kali pertama saya berjaya masuk ke Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS - http://hrmisone.eghrmis.gov.my/).

Internet Explorer versi 7 ke atas diperlukan untuk membuka aplikasi ini.
Masa tindak balas aplikasi ini agak perlahan. Oleh itu, pengguna perlu sabar dan tunggu beberapa saat untuk memaparkan sebarang pautan yang diklik.


ID Pengguna: No. KP
Kata laluan: No. KP

Kali pertama berjaya memasuki aplikasi ini, aplikasi akan meminta pengguna untuk menukar kata laluan. Pastikan anda mengingati kata laluan tersebut. Dan seperti yang saya katakan tadi, masa tindak balas aplikasi ini agak perlahan. Jadi, apabila anda telah klik mesej / kotak dialog mengarahkan anda untuk menukarkan kata laluan, sila tunggu lebih kurang 10 saat sebelum paparan untuk tukar kata laluan berjaya dipaparkan sepenuhnya.



No comments:

Post a Comment