Bahan Bantu Belajar (BBM) atau Keceriaan Kelas
- Sinonim
Downlod pdf
Download ppt (Boleh diedit)
Wednesday, March 11, 2020
Sunday, January 12, 2020
Panduan Pengurusan Penempatan Murid Berkeperluan Khas
Salah satu tugas Guru Pemulihan Khas ialah mengurus penempatan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.
Berikut adalah senarai semak pengurusan penempatan murid berkeperluan khas.
Senarai Semak: Pengurusan
Penempatan Murid Berkeperluan Khas
Bil
|
Tindakan
|
Tandakan
[ √ ] |
Catatan
|
1
|
Kenalpasti murid mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas
|
||
2
|
Menjalankan
dan menganalisa ujian (Senarai Borang (1) dan (2))
|
||
3
|
Memaklumkan
kepada Guru Besar dan GPK.
|
||
4
|
Berbincang
dengan ibu bapa
Meminta
ibu bapa melengkapkan borang (3) & (7) dan menyediakan dokumen (4), (5),
(6) & (10)
|
||
5
|
Menyediakan
lain-lain dokumen (8), (9) & (11)
|
||
6
|
Menyerahkan
semua borang dan dokumen yang telah lengkap / disemak / disahkan kepada ibu
bapa.
|
||
7
|
Meminta
ibubapa membawa murid ke Klinik Kesihatan terdekat untuk membuat pemeriksaan
Doktor/Pengamal Perubatan. (Semua dokumen/borang perlu dibawa semasa ke
Klinik Kesihatan)
|
||
8
|
Menerima
laporan Doktor/Pengamal Perubatan
|
||
9
|
Menghantar
salinan BPPOKU yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan kepada PPD untuk
urusan penempatan.
|
||
10
|
Meminta ibu bapa / penjaga menghantar 1
salinan BPPOKU ke JKM untuk urusan pendaftaran OKU dan kad OKU.
|
||
11
|
Menerima surat penempatan dari PPD &
menerima Salinan kad OKU daripada ibu bapa.
|
||
12
|
Murid mendaftar ke PPKI sekolah tertentu
berdasarkan surat penempatan dari PPD.
|
||
13
|
Menyimpan segala dokumen murid ke dalam
fail.
|
atau
Senarai Borang dan Dokumen untuk Rujukan Pegawai Perubatan
Salah satu tugas Guru Pemulihan Khas ialah mengurus penempatan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.
Berikut adalah senarai borang / dokumen yang perlu disediakan untuk dibawa bersama semasa mendapatkan rawatan Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan:
Berikut adalah senarai borang / dokumen yang perlu disediakan untuk dibawa bersama semasa mendapatkan rawatan Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan:
Senarai
Borang/Dokumen: Pengurusan Penempatan Murid Berkeperluan
Khas
|
[ √ ]
|
|
1.
|
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Pembelajaran
(IPMBP) (dijalankan oleh Guru
Pemulihan dan disahkan oleh GB/GPK1)
|
|
2.
|
Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
(dijalankan oleh Guru Pemulihan dan disahkan
oleh GB/GPK1)
|
|
3.
|
3 set Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU
Pindaan 2019)
(Dilengkapkan oleh ibu bapa dan disemak oleh
Guru Pemulihan Khas)
|
|
4.
|
3 Salinan dokumen pengenalan diri murid (sijil
lahir) – 3 salinan
(Disahkan benar oleh GB/GPK)
|
|
5.
|
3 Salinan dokumen pengenalan diri ibu / bapa /
penjaga – 3 salinan
(Disahkan benar oleh GB/GPK)
|
|
6.
|
3 keping gambar murid berukuran passport
|
|
7.
|
Borang Soal Selidik Ibu Bapa
(Dilengkapkan oleh ibu bapa dan disemak oleh
Guru Pemulihan Khas)
|
|
8.
|
Salinan Keputusan Peperiksaan murid yang terkini
(Disediakan oleh Guru Kelas / Guru Mata
Pelajaran dan disahkan oleh GB/GPK)
|
|
9.
|
Laporan Guru yang diisi oleh Guru Pemulihan Khas
(disahkan oleh GB/GPK1)
|
|
10.
|
Buku Rekod Kesihatan / Buku Rekod Kelahiran
murid
|
|
11.
|
Surat dari sekolah (BPKH02) untuk mendapatkan
rawatan daripada doktor/pengamal perubatan
|
|
Download borang-borang untuk urusan penempatan murid berkeperluan khas
atau
Monday, December 30, 2019
Muat Turun Bahan Pemulihan Khas Koleksi BPKhas Kementerian Pendidikan Malaysia 2019
Koleksi Bahan Pemulihan Khas dari Portal BPKhas Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019
Muat Turun Bahan Pemulihan Khas
Muat Turun Bahan Pemulihan Khas
Monday, July 22, 2019
Portal Rasmi Program Pemulihan Khas
Portal Rasmi Program Pemulihan Khas, KPM
Blogger di sini ingin menyampaikan ucapan daripada En. Suhaimee bin Sulaiman, Ketua Unit, Unit Pengurusan Program Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, KPM
"Salam Muafakat Pemulihan buat para teman, rakan, sahabat, guru pemulihan khas, serta pegawai yang saya hormati lagi dikasihi,
Dengan rasa rendah diri, terharu dan syukurnya ke hasrat ilahi yang mana saya Suhaimee bin Sulaiman selaku Ketua Unit, Unit Pengurusan Program Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, KPM yang dipertanggungjawab dalam melaksanakan amanah ini ingin memaklumkan bahawa 80-90 % bahan-bahan serta power point rasmi yang diselaraskan dalam bentuk salinan lembut yang ditunggu2 selama ini telah berada dalam Portal KPM Bahagian Pendidikan Khas, di bahagian muat turun Program Pemulihan Khas bermula 2 Julai 2019.
10-20% lagi sedang maju untuk dimuat naik. Pihak kami akan lengkapkan dalam terdekat ini. Sila rujuk punca kuasa yang berkaitan.
Sila akses melalui pautan berikut,
https://www.moe.gov.my/index.php/muat-turun/pendidikankhas/program-pemulihan-khas
Alhamdulillah...
Terlalu banyak rintangan, dan cabaran yang dilalui selama 2 tahun 11 bulan.
Allahhuakbar, rezeki dan ilham yang dikurniakan Allah swt kepada kita ini amat bermakna demi menyeragamkan semua aspek dalam portfolio Program ini agar sejajar dengan arus perkembangan perubahan pendidikan.
Berkat kesabaran dan ketabahan kita sebagai guru pemulihan khas, akhirnya.... kita mampu mengubah hala tuju ini bersama2 ke arah menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.
Alhamdulillah...
Motto Program: Kemenjadian Guru adalah Kemenjadian Murid.
Tahniah dan syabas serta terima kasih semua yang selama ini banyak berkorban masa tenaga buah fikiran dsbnya bersama-sama saya sama ada terlibat secara langsung mahu pun sebaliknya. Terima kasih sekali lg. Kami amat menghargainya.
Tanpa komitmen anda semua masa depan murid yang tidak atau yang belum menguasai ini akan ketinggalan dalam arus pendidikan.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan ikhlas anda selama ini.
Elakkan perasaan keluh kesah.
InsyaAllah ganjaran akhirat menanti kita.
Didiklah anak2 didik kita dengan hati agar kita mampu memanusiawikan mereka dengan nilai akhlak mulia.
Gunakanlah kebijaksanaan dan hikmah dlm pedagogi PdP kita. Anda mampu mengubahnya.
Peranan guru pemulihan khas sangat penting dalam pendidikan kini untuk kembalikan semula murid yang ketinggalan ini ke arus perdana semula.
Hanya doktor pakar shj yang tahu ubat mana yang tepat dalam merawat pesakitnya. Setiap penyakit perlukan masa untuk sembuh dengan izinNya. Kitalah guru pakar tersebut. Serlah dan gabungkanlah kepakaran inovasi dan kreativiti anda dalam PdPc kita untuk menambat semula minat belajar murid ini. Teruskan usaha anda kerana ia pendidikan sepanjang hayat.
Saya berharap sangat agar guru2 pemulihan khas mampu sabar dan syukur walaupun setiap keberhasilan kita selama ini demi anak2 didik tidak didendangkan. Its ok guys.
Sabar ye.
Mashaallah allahhuakbar sesungguhnya
*Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, pasangan kami, kedua-dua ibu bapa kami, anak-anak kami, saudara-mara kami, rakan taulan kami, dan guru-guru kami. Cukupkanlah rezeki dan mudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat.... امين..امينْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
Salam muafakat pemulihan.
Just follow the flow. "
Sumber: Whatsapp Group
Pautanhttps://www.moe.gov.my/index.php/muat-turun/pendidikankhas/program-pemulihan-khas
Kutipan Data Program Pemulihan Khas Negeri Sembilan
Bermula Oktober 2019, kutipan data Program Pemulihan Khas peringkat negeri akan menggunakan P1NCH secara online.
Pautan : http://www.ppdmuar.my/data/dbPinch/login/main.php
atau
Pautan : https://tinyurl.com/datapemulihann9
Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Jurulatih Utama di daerah masing-masing.
Pautan : http://www.ppdmuar.my/data/dbPinch/login/main.php
atau
Pautan : https://tinyurl.com/datapemulihann9
Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Jurulatih Utama di daerah masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)


